Saturday, October 20, 2012

Banglo Runtuh Di Shah Alam

‘Dunia bagai kiamat’


KLANG: “Saya berasa seperti dunia sudah kiamat,” kata Waras Kasmin, 40, mangsa tragedi banglo yang sedang diubah suai runtuh di Jalan Jed Satu 7/5A, Seksyen 7, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, pekerja warga Indonesia itu patah kaki kiri akibat dihempap timbunan konkrit dan kayu. 

Waras berkata, ketika kejadian dia sedang mengangkat batu di tingkat bawah anjung berkenaan sebelum terdengar bunyi seperti bangunan retak.

“Beberapa saat kemudian siling bangunan tiba-tiba runtuh. Saya cuba lari menyelamatkan diri tetapi kaki kiri saya dihempap timbunan kayu dan konkrit,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, semalam.

Waras berkata, pada detik itu, dia tidak mampu bergerak kerana kaki kirinya patah.


sumber : harian metro 20/10/2012

No comments:

Post a Comment